Jom tengok apa yang bakal disajikan untuk gamer-gamer dalam bulan Februari 2017!

Fire Emblem Heroes (Android & iOS) – 2 Februari

Dalam Fire Emblem Heroes, korang akan bermain sebagai Summoner dan memanggil Heroes dari keseluruhan siri Fire Emblem, kumpulkan bala tentera korang, level up Heroes tersebut dan berperang secara strategik dengan menggunakan kelebihan mukabumi bagi mencapai kejayaan! Nintendo telah melancarkan laman web di mana korang boleh mengundi kemasukan Heroes Fire Emblem kegemaran korang untuk in-game event. Undilah sekarang di sini.

Atelier Sophie: The Alchemist of the Mysterious Book (PC) – 7 Februari

Atelier Shallie: Alchemists of the Dusk Sea adalah penutup bagi trilogi Dusk dan merupakan keluaran yang ke-16 bagi siri ini. Dibangunkan oleh studio Gust, JRPG ini telah menerima review yang memuaskan daripada Famitsu dan telah berjaya terjual sebanyak 68,106 salinan pada minggu pertama di Jepun.

WWE 2K17 (PC) – 7 Februari

WWE 2K17 kini di PC! WWE 2K17 bakal menampilkan keaslian yang lebih teliti dengan gerakan-gerakan dan animasi yang lebih variasi. Apa yang paling menarik pada kali ini adalah apabila anda pre-order, anda akan mendapat karakter bonus Goldberg!

Nioh (PlayStation 4) – 9 Februari

Nioh terus mendapat respon positif dalam komuniti gaming melalui sesi-sesi percubaan beta yang telah diterbitkan beberapa bulan lepas. Akhirnya penantian bagi Nioh akan berakhir apabila ianya akan berakhir pada 9 Februari ini!

For Honor (PC, PlayStation 4 & Xbox One) – 14 Februari

IP terbaru daripada Ubisoft, For Honor merupakan antara game yang bakal menjadi tarikan utama bulan Februari ini. Sebuah game yang bakal mengetengahkan pertempuran jarak dekat dengan 3 jenis pahlawan utama – Vikings, Samurai dan Knigts pasti membuat darah-darah pemain-pemain berderau! Ikuti laporan kami dalam beta tertutup bagi For Honor!

Sniper Elite 4 (PC, PlayStation 4 & Xbox One) – 14 Februari

Sniper Elite 4 adalah sekuel kepada Sniper Elite 3 yang mengisahkan seorang penembak tepat bernama Karl Fairburne. Dalam siri terbaru ini, beliau akan dihantar ke Italy untuk membantu menentang pengaruh Fasisme di sana.

Berserk and the Band of the Hawk (PC, PS4 & Xbox One) – 21 Februari

Berserk and the Band of the Hawk atau dikenali sebagai Berserk Musou adalah sebuah hasil kerjasama siri manga Berserk dengan siri Dynasty Warriors terbitan Koei Tecmo. Dibangunkan oleh Omega Force, game bercorak hack-and-slash ini akan mengikuti penceritaan dari manga Berserk bermula dari era Golden Arc hingga ke Hawk of the Millenium Empire.

Halo Wars 2 (PC & Xbox One) – 21 Februari

Bergenrekan real-time strategy(RTS), Halo Wars 2 dibangunkan oleh 343 Industries dan Creative Assembly. Dengan menggunakan tema siri Halo, pemain akan mengawal pasukan-pasukan dari UNSC menentang makhluk asing yang dikenali sebagau Banished.

Lego Worlds (PC, PlayStation 4 & Xbox One) – 24 Februari

Lego Worlds adalah sebuah video game yang akan memberi peluang kepada pemain untuk membina dunia Lego mereka sendiri! Pelbagai variasi item boleh diakses dan diguna oleh pemain dalam membangunkan dunia Lego mereka sendiri! Lego Worlds juga akan didatangkan dengan mode multiplayer serta world-sharing.

Horizon Zero Dawn (PlayStation 4) – 28 Februari

Horizon Zero Dawn umumnya berkisar mengenai seorang watak perempuan bernama Aloy, seorang pemburu/pemanah dalam dunia yang dikuasai oleh makhluk-makhluk robotik. Video game terbaru ciptaan Guerrilla Games ini mempunyai map yang luas dan unik, tersedia untuk diterokai oleh pemain-pemain. Beralih dari genre FPS yang sangat lazim bagi studio ini, Horizon Zero Dawn bercorak action-RPG dan menggunakan enjin grafik Decima yang turut digunakan oleh Kojima Productions untuk membangunkan Death Strandings.

Comments

comments