Tahun 2016 bakal menutup tirainya tidak lama lagi, maka tibalah masanya untuk kita mengetahui siapakah selebriti Youtube terkaya untuk tahun ini.

Menurut senarai yang dikeluarkan Forbes, Felix Kjellberg, atau lebih dikenali dengan nama PewDiePie mengekalkan kedudukannya sebagai selebriti Youtube terkaya pada 2016.

Pendapatan yang berjaya dicecah beliau dilaporkan sebanyak USD15 juta (~RM66.7 juta), jauh meninggalkan Roman Atwood di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak USD8 juta (~RM35.5 juta), dan Lilly Singh di tempat ketiga dengan pendapatan sebanyak USD7.5 juta (~RM33.3 juta).

Tahun lalu, PewDiePie turut berada di tangga teratas, dengan pendapatan mencecah USD12 juta (~RM53.2 juta), yang mana tahun ini ia telah meningkat sebanyak kira-kira 20 peratus. Antara sumbangan terbesar kepada pendapatan beliau tahun ini adalah siri YouTube Red dan buku beliau, “This Book Loves You” yang telah terjual sebanyak 112,000 salinan.

Berikut adalah senarai penuh 10 selebriti Youtube terkaya 2016 yang dikeluarkan Forbes:

1. PewDiePie – USD15 Juta
2. Roman Atwood – USD8.0 Juta
3. Lilly Singh – USD7.5 Juta
4. Smosh – USD7.0 Juta
5. Rosanna Pansion – USD6.0 Juta
5. Tyler Oakley – USD6.0 Juta
7. Markiplier – USD5.5 Juta
7. German Garmendia – USD5.5 Juta
9. Rhett and Link – USD5.0 Juta
9. Collen Ballinger – USD5.0 Juta

Baru-baru ini, PewDiePie telah menyatakan bahawa beliau akan memadamkan channel beliau itu apabila mencecah 50 juta subscribers, disebabkan kontroversi yang dimainkan oleh pihak Youtube kini.

Comments

comments