Apa yang sudah didedahkan oleh Konami?

Semalam, seperti yang dijanjikan sebelum ini, Konami telah mendedahkan beberapa info pertama tentang PES 2019. Jadi, jom kita tengok apa yang ada dalam game bola sepak akan datang dari Konami ini!

Tarikh Pelancaran

Konami telah mengumumkan bahawa PES 2019 akan dilancarkan pada 30 Ogos 2018.

Platform

Buat pertama kalinya, siri PES akan meninggalkan generasi konsol sebelum ini, iaitu PS3 dan Xbox 360. Bermakna, PES 2019 hanya akan dilancarkan di PS4, Xbox One dan PC.

Trailer

Tidak sah mengumumkan sesebuah game tanpa kehadiran trailer, ya tak? Jadi, jom saksikan trailer pertama untuk PES 2019 di bawah!

Coutinho & Beckham

Seperti yang korang boleh saksikan dalam trailer di atas, dua personaliti telah difokuskan. Dua bintang bola sepak berlainan era akan menghiasi muka hadapan PES 2019 — Philippe Coutinho dan David Beckham.

Lesen Untuk Liga

Dalam ciri-ciri pembaharuan yang didedahkan, Konami menyatakan bahawa lebih banyak liga akan mendapat lesen rasmi. Namun, mereka belum mengumumkan apakah liga yang akan disajikan itu. Info tentang ini akan didedahkan dalam masa terdekat, kata mereka.

MyClub

Antara ciri baru dalam mode myClub adalah High Performance Player, pemain-pemain legenda baru, bermain secara co-op dan fungsi PES League.

High Performance Player akan menaikkan kekuatan seseorang pemain bergantung kepada prestasi mereka dalam perlawanan minggu lalu.

Ramai pemain legenda baru akan diperkenalkan ke dalam myClub – antaranya Beckham, Maradona, Cruyff, Nedvěd, Gullit, Maldini dan Kahn. Lebih ramai akan diumumkan kemudian.

myClub turut akan diintegrasikan dengan mode esport, iaitu PES League. Pastinya myClub akan lebih dimainkan dengan lebih kompetitif.

Magic Moments

Magic Moments adalah ciri baru dalam PES 2019 yang akan memperlihatkan keunikan setiap pemain dengan lebih teliti. 11 ciri skil baru akan diperkenalkan, termasuklah edge turn, no look pass, control loop, dipping shot dan rising shot — menjadikan jumlah kesemua ciri skil dalam PES 2019 adalah 39.

Gameplay di atas padang akan terasa lebih realistik dengan pelbagai penambahbaikan seperti:

  • pergerakan dan pergeseran pemain bergantung kepada skil dan kekuatan pemain;
  • cara menggelecek yang dipengaruhi pelbagai faktor;
  • sistem tendangan baru;
  • Visible Fatigue diperkenalkan yang mengubah sistem stamina;
  • sistem pertukaran pemain yang pantas semasa perlawanan;
  • sistem pergerakan bola yang ditambahbaik.

The Beautiful Game

Saban tahun, Konami tidak pernah mengecewakan para peminatnya dalam menampilkan grafik yang diperbaiki. Selain fokus kepada grafik pemain, stadium dan cuaca turut menjadi fokus utama.

Pertukaran siang dan malam akan memperlihatkan suasana stadium yang lebih realistik serta pergerakan penonton yang lebih pelbagai.

Di samping itu, setelah ketiadaan dalam beberapa siri PES sebelum ini, akhirnya cuaca salji kembali untuk tahun ini.

Musim Master League

Kata Konami, pemain akan merasa seperti pengurus yang sebenar dengan kehadiran International Champions Cup semasa pra-musim, negosiasi perpindahan pemain yang lebih realistik serta lebih banyak lesen untuk liga.

Pre-Order

Jualan pre-order untuk PES 2019 telahpun dibuka. Korang boleh pergi ke laman web rasmi, pilih negara korang, pilih platform yang korang mainkan dan pilih edisi yang berkenan di hati.

Terdapat tiga edisi untuk versi digital, iaitu Legend Edition (RM265), David Beckham Edition (RM239) dan Standard Edition (RM199) yang mana setiap satunya mempunyai ganjarannya yang tersendiri.

Untuk versi fizikal pula, korang bolehlah hubungi kedai-kedai berdekatan korang untuk dapatkan maklumat lanjut.

Jadi, amacam? Sudahkah korang bersedia untuk PES 2019?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.