The winter has come!

Dipilih dari game-game terbaik yang telah menerima diskaun padu sempena Steam Winter Sale kali ini, berikut adalah pilihan-pilihan kami!

Perhatian: Steam Winter Sale akan berakhir pada 3 Januari, 2am waktu Malaysia (GMT +8).

Pilihan AAA Terbaik!

DOOM – RM65.67

Menerima pelbagai anugerah daripada pengkritik, DOOM merupakan antara FPS terbaik untuk tahun ini. Dengan diskaun sehingga 67%, pastinya korang tidak mahu terlepas untuk menentang puaka-puaka rakus yang berleluasa. Baca review kami mengenai DOOM.

Just Cause 3 – RM26.25

Jika korang ingin game yang memerlukan banyak eksplorasi, melakukan kemusnahan berleluasa, melakukan story mission dan semua side mission tanpa bosan, maka ini merupakan game yang korang cari. Baca review kami mengenai Just Cause 3.

Dishonored 2 – RM133.33

Jika playstyle korang melebihkan gaya Assault, jangan lupa beli upgrades untuk pedang dan pistol!

Dishonored 2 terbina dari asas kukuh yang membentuk game pertama tetapi juga membawa banyak konsep gameplay yang berasa seronok dan mencabar. Sama ada korang bergerak bagaikan hantu atau menyeru serangan kepada pihak musuh, game ini menawarkan pelbagai pengalaman unik bagi genre stealth action-adventure. Baca review kami mengenai Dishonored 2.

Tom Clancy’s The Division – RM94.50

Walaupun menerima pelbagai kritikan pada awal pelancaran Mac lepas, Tom Clancy’s The Division telah menerima pelbagai kemaskini yang telah memuaskan ramai pihak dan kini pemain-pemain telah kembali bertarung dalam dunia yang telah dijangkiti virus berbahaya itu! Baca review kami mengenai Tom Clancy’s The Division.

Cities: Skylines – RM14.00

Cities: Skylines telah berjaya meneruskan tradisi genre city builder dengan jayanya sehingga boleh dikatakan mengambil tahkta dari siri SimCity. Dengan harga hanya RM14, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya!

Pilihan Indie terbaik!

Rocket League – RM22.80

Di sebalik gameplay yang cukup menghiburkan, salah satu sebab mengapa korang perlu dapatkan Rocket League adalah sokongan dan content yang tidak putus-putus daripada developer Psyonix. Sejak ianya dilancarkan, ia tidak pernah memecahkan komuniti kepada map atau game mode tertentu kerana setiap kemaskini yang ditampilkan adalah percuma. DLC berbayar yang dibawakan hanyalah sekadar kosmetik seperti mendapatkan rekaan dan hiasan kereta yang lebih cantik.

Invisible, Inc. – RM13.50

Sesuai untuk peminat-peminat genre turn-based tactics stealth, Invisible, Inc. dibangunkan oleh Klei Entertainment. Pemain akan mengawal ejen-ejen perisikan dan menyelinap ke pelbagai kompleks-kompleks yang dikawal dengan ketat. Setiap pilihan yang dibuat adalah penting dan pasti akan membawa pengaruh hebat kepada hidup atau mati seorang ejen.

Oxenfree – RM13.50

Sebuah supernatural thriller, Oxenfree mengisahkan sekumpulan sahabat yang secara tidak sengaja membuka portal ke dunia ghaib! Disokong oleh watak-watak yang menarik dan menghiburkan, penyampaian cerita Oxenfree sememangnya akan membuat pemain terasa ingin tahu apa akan terjadi seterusnya nanti.

Superhot – RM31.96

Secara ringkas, Superhot adalah game FPS yang membolehkan korang memperlahankan masa bila saja korang tidak bergerak. Ini memberikan satu stail baru dalam dunia FPS, satu pengalaman yang patut dicuba oleh peminat-peminat genre ini khususnya!

Darkest Dungeon – RM23.50

Darkest Dungeon, sebuah turn-based RPG yang direka dengan penuh cabaran yang bakal merobek kesabaran korang. Pemain akan cuba menyelamatkan sebuah pekan daripada kuasa kegelapan dengan bantuan hero-hero yang serba kekurangan dalam persekitaran yang penuh tekanan dan penyakit. Sememangnya dicadangkan jika korang gemarkan cabaran rawak dalam sesi gaming.

Selain daripada ini, terdapat pelbagai lagi hidden gems yang terdapat dalam Steam. Ada cadangan lain untuk dikongsi dengan pembaca lain? Kongsi pendapat korang di ruangan komen!

Comments

comments

  • Aesha Liza

    its all look interesting game bt is that have to make payment !!!!!! if like tht rather thn its i will nt play lor or else i will go for the free games or else nw gt the game hero tournamnet lor thn this !!

    • xing xing

      ouch ouch ya lor , i will go for the game can download from the playstore …
      tournament ??wat tournament is tht ?

      • normah

        tournament shot & kill tu bersifat ganas, tak baik la utk budak2 sek main, semua jad makin pandai gaduh je.

        • apple mi

          allah bukan lar sgt ganas pon ,yg ni game je kwt main for fun2 je lar gi ni ada tournament yg ada cash prize smua tu ..kalau menang tu cantik lar …main je gi tgk link ni http://www.gamehero.my/

          • izwan ismail

            ah ah betul sbb i pun tengah main juga . fun fun play lar kenapa nak serious sgt lar kan ..sbb benda ni mcm competition je kalau menang tu untung ..i cuba menenag gak update lar markah kt leaderboard thn ada chances

          • Aesha Liza

            oh guys thanks sbb bagi byk infor psl game hero 3 , i nak main juga tapi boleh join je , tgk lar nnti lepas ni nnti malam mcm tu i akan join terima kasih kawan2

      • izwan ismail

        igame ni cmm fight lar , nama kill shoot n legency quite famous juga skrg celcom yg organized game tournament .menarik may b u bole cuba join n cuba menang

    • normah

      games hero tu mesti penguna postpaid baru blh main, bkn semua org blh join, lagipun kena pakai hp main, tak best la mcm tu.

      • apple mi

        lor beli je satu sim celcom ataupon guna je mmbr u punya ke family punya celcom kalau ada prg guna tu ,..tak susah pun memang cash prize berbaloi sampai rm300k kwt …berbaloiu lar lagi pun u blh dpt daily bottel luck reload lor

      • YuuEr Xiao

        pkai henpon la lg senang nk main..dari pkai pc..susah nk bwak g mn2…kalau aku ada msa free bosan2 dah boleh bwak g jln2 merata smbil maen game kot.org dah xguna pc la.