Ini adalah 10 video trailer yang menarik perhatian para gamers sepanjang tahun 2016.

Dalam satu post yang dikeluarkan Google, kedudukan 10 game trailer paling popular di Youtube sepanjang tahun 2016 telah dikeluarkan.

Pasti anda sudah boleh mengagak, apakah trailer yang berada di tangga teratas. Tentunya, Battlefield 1 Official Reveal Trailer, yang semasa artikel ini ditulis, ia telah mencecah 49,886,214 tontonan. Pengumuman siri Battlefield yang kembali ke era Perang Dunia Pertama telah mengejutkan ramai, ditambah pula trailer-nya yang cukup memukau telah meletakkan ia berada di tangga pertama.

Di tangga kedua, pastinya datang daripada “musuh tradisi” siri Battlefield sejak azali, Official Call of Duty: Infinite Warfare Reveal Trailer. Di sebalik jumlah tontonan yang mencecah 35,949,436, pastinya ramai mengenali video ini disebabkan betapa banyaknya dislike yang diberikan oleh penonton.

Di tangga ketiga, mobile gamers turut menunjukkan bahawa mereka juga memiliki fan base yang ramai. Clash of Clans: Hog Rider 360° berada di kedudukan ketiga dengan 32,667,145 tontonan.

Berikut adalah senarai penuh 10 game trailer paling popular di Youtube sepanjang tahun 2016:

  1. Battlefield 1 Official Reveal Trailer
  2. Official Call of Duty®: Infinite Warfare Reveal Trailer
  3. Clash of Clans: Hog Rider 360°
  4. Gears of War 4 – Tomorrow
  5. Clash of Kings – EN
  6. Overwatch Animated Short | “Dragons”
  7. Starter Pokémon for Pokémon Sun and Pokémon Moon Revealed!
  8. FIFA 17 – The Journey – Official Trailer
  9. Watch Dogs 2 Trailer: Cinematic Reveal – E3 2016 [US]
  10. DOOM – Fight Like Hell Cinematic Trailer

Anda boleh saksikan semula kesemua 10 game trailer ini di bawah:

Comments

comments

  • gunblade712

    Gears of War 4 punya trailer macam sedih. jilake.