Tahun 2015 merupakan tahun yang menarik bagi gamers. Banyak game-game yang menarik dan diantaranya dalam genre horror. Jom tengok apa game menarik pada 2015!

Berikut adalah 10 game ber-genre horror yang korang patut cuba!

#10 Dying Light (PC, Linux, PS4, Xbox One)

Dyling Light adalah sebuah game first-person action horror yang meletakkan gamers dalam dunia yang telah teruk dijangkiti penyakit. Pesakit yang dijangkiti penyakit ini akan menjadi zombie dan zombie-zombie ini akan menjadi ganas! Jadi korang perlu menyelamatkan diri dengan aksi-aksi parkour dan bijak menggunakan alat-alat di sekeliling.

Game ini mempunyai sistem dinamik yang merubah siang dan malam dalam dunianya. Disamping mempengaruhi visual, sistem ini juga akan mempengaruhi zombie-zombie. Pada waktu malam, zombie-zombie akan menjadi lebih agresif dan korang perlu lebih bijak mengatur langkah agar tak kantoi dengan zombie-zombie ini. Kalau terkantoi, pastikan korang lari sepantas boleh!

#9 Kholat (PC)

Kholat adalah sebuah game daripada studio dari Poland bernama IMGN.PRO. Game ini adalah berdasarkan Dyatlov Pass incident yang berlaku pada 1959 di kawasan pergunungan Russia yang dikenali sebagai Kholat Syakhl yang boleh ditranslate kepada “Pergunungan Maut”.

Dalam game ini, korang perlu menyelamatkan diri dari terperangkap di kawasan pergunungan Kholat. Terdapat pelbagai puzzle dan klue untuk korang kutip bagi mendapatkan jalan keluar.

#8 Pathologic Classic HD (PC)

Pathologic merupakan game yang memaparkan psychological survival horror dan telah di develop oleh sebuah studio game dari Russia yang bernama Ice-Pick Lodge. Dalam game ini, terdapat 3 character utama terdiri daripada 2 lelaki dan 1 perempuan yang diberi nama Bachelor (Бакалавр), Haruspex (Гаруспик), dan Devotress (Самозванка).

Objektif game ini adalah untuk survive selama 12 hari waktu in-game. Dalam sela masa 12 hari tersebut, setiap hari korang akan mendapat quest yang korang boleh selesaikan. Jika korang gagal selesaikan misi yang diberikan, game akan meneruskan hari seterusnya dan quest hari sebelumnya akan dilenyapkan.

Quest terbahagi kepada 2 kategori iaitu main quest dan side quest. Main quest akan mempengaruhi sama ada character utama akan mati atau tidak dan juga memberikan lebih info dengan apa yang terjadi pada dunia dalam game Pathologic ini. Side quest pula akan membantu gamers mendapatkan resource seperti duit dan juga item-item yang boleh membantu korang dalam pelbagai cara.

#7 Homesick (Platforms: PC)

Homesick adalah sebuah adventure first person puzzle game yang bertemakan horror dan di develop oleh sebuah studio indie yang diberikan nama Lucky Pause. Korang akan terperangkap dalam sebuah kompleks bangunan terbiar yang usang dan dengan menyelesaikan puzzle, kawasan baru akan boleh diaccess dan misteri game tersebut akan turut terungkai.

Korang akan dapat mengaccess bangunan tersebut melalui 2 fasa, iaitu siang dan malam. Fasa siang lebih tenang dan korang boleh melakukan eksplorasi dengan mudah. Manakala fasa malam lebih mencemaskan kerana korang boleh terperangkap dalam aura-aura kegelapan, tetapi pada fasa ini korang boleh melakukan eksplorasi dengan lebih luas.

#6 Phantasmal: City of Darkness

Phantasmal adalah sebuah lagi game indie yang bertemakan horror. Ia direka oleh Eyemobi Ltd dan merupakan satu idea yang menarik bagi game berdasarkan horror. Ini kerana dalam game tersebut akan mencipta bilik baru setiap kali korang main. Konsep yang sama digunakan dalam game seperti Diablo dan Torchlight. Oleh itu, tiap kali korang main game ni, korang susah nak jangka dimana monster akan buat korang terperanjat.

Game ini terletak di bandar berdinding Kowloon dan korang perlu menyelamatkan diri dengan keluar dari bandar tersebut. Korang perlu berhati-hati dalam perjalanan ini kerana dalam setiap sudut pasti akan ada benda merbahaya menanti.

#5 Nevermind (Platforms: PC)

Dalam Nevermind, korang ditugaskan untuk menyelami fikiran pesakit-pesakit psikiatri dan menyelesaikan apa masalah yang dihadapi oleh mereka. Setiap pesakit mempunyai masalah tersendiri memberikan tema yang berlainan dalam setiap level. Kelainan ini memberikan satu pengalaman yang fresh.

Game yang di-develop oleh Flying Mollusk ini mempunyai satu keunikan iaitu ia mempunyai peralatan optional yang boleh mempengaruhi pengalaman gaming korang. Peralatan-peralatan yang digunakan secara umumnya boleh mengesan degupan jantung korang! Senarai peralatan yang boleh digunakan boleh dilihat disini.

#4 Her Story (PC, iOS)

Sebuah lagi game yang unik, korang akan menjadi detektif yang ingin mencari seorang lelaki yang hilang. Korang cuba menyelesaikan misteri kehilangan ini dengan menggunakan video soal siasat polis dan dari video-video tersebut, ada klue yang boleh korang gunakan.

Game Her Story ini telah di-develop oleh seorang individu sahaja iaitu Sam Barlow. Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Sam, beliau adalah salah seorang penulis dan designer bagi game Silent Hills: Origins dan Silent Hills: Shattered Memories.

#3 Until Dawn (PS4)

Sebuah game yang tak asing bagi pembaca JomGaming. Until Dawn adalah antara game terawal kami start review. Ia mengisahkan sekumpulan remaja bercuti di rumah percutian musim sejuk dan dengan tak dijangka, percutian mereka menjadi tragis!

Jangan lupa baca ni: Boleh Beli or Boleh Blah Until Dawn!

#2 Five Nights at Freddy’s 4 (PC, Android, iOS)

Siri Five Nights at Freddy’s memang tak asing bagi penggemar game genre horror dan Five Nights at Freddy’s 4 sememangnya adalah penutup yang terbaik bagi siri tersebut. Gameplaynya sangat simple, bertahan jangan diserang oleh animatronics dan korang cuma harus mempastikan pintu, tingkap dan katil tidak didatangi mereka! Korang juga hanya dibekalkan satu alat iaitu torch light atau lampu picit! Seram woh!

#1 SOMA (PC, PS4)

Sebuah game seram yang mendapat perhatian JomGaming baru-baru ini. Soma adalah sebuah game yang ber-genre science fiction survival horror dan dimainkan secara first person. Menurut Frictional Games, mereka cuba menerapkan masuk psycological horror dan cuba mengelakkan menggunakan aksi seram mengejut yang biasa digunakan dalam game-game seram umumnya.

Game ini mempunyai kurang aksi kombat dam memerlukan pemain untuk lebih fokus kepada eksplorasi, penyelesaian puzzle dan juga stealth.

Jangan lupa baca ni: SOMA: Korang Minat Game Seram?

Bagaimana dengan senarai kami ini? Ada yang kami tertinggal untuk senaraikan? Sila inform kami didalam komen jika ada 😀

 

Comments

comments