Bermain game Witcher 3 ni memang memerlukan konsentrasi yang tinggi dan penumpuan yang luar biasa kerana korang berlawan dengan monster-monster yang kuat dan besar. Oleh itu mungkin korang dan penulis sendiri terlepas pandang beberapa perkara menarik di dalam Witcher 3. Nak tau?? Jom kita usha.

1. Roach: Kuda Yang Takkan Hilang Pedoman

Korang cuma perlu tekan button ‘X’ dan biarkan Roach bergerak sendiri di atas laluan jalan. Tak perlu arahkan analog stick korang ke kiri atau ke kanan, Roach tau mana nak pergi dan berjalan terus mengikut alur track tersebut. Bijak Roach.

witcher_02
Ko jalan aje Roach, aku nak tido sekejap.

2. Fast Travel Mengubah Waktu Dan Cuaca

Bagi mereka yang dah puas explore, fast travel merupakan alternatif travel yang utama di dalam Witcher 3. Tapi mungkin juga korang terlepas pandang bahawa penggunaan fast travel akan efek pada perjalanan waktu korang. Tak percaya cuba lah nanti.

witcher_03
Travel laju sangat, kat mana aku ni?

3. Jangan Takutkan NPC, Nanti Tak Boleh Interact Dengan Mereka

Tak percaya?? Hahaha, korang pergi ke mana-mana NPC, kemudian cuba keluarkan pedang korang ataupun aktifkan sign korang merata-rata tempat. Korang akan dengar NPC menjerit ketakutan, dan selepas itu tiada langsung button interact pada NPC tersebut. Padan muka korang!

witcher_04
Bhaiya, tolong jangan mara sama saiya..

4. Janggut Dan Misai Geralt Akan Tumbuh Balik Mengikut Peredaran Masa

Mungkin ramai yang tak perasan, tapi cuba korang pergi barber shop dan buang semua janggut dan misai Geralt. Kemudian korang main macam biasa, selepas beberapa lama korang akan nampak janggut dan misai Geralt ada balik. Hahaha memang realistik kan. Jangan tanya kitorang pasal bulu-bulu lain di badan Geralt!

witcher_05
Jejaka Dashing…

5. Berlawan Di atas Kuda Memang Menyusahkan

Yeah, penulis pun rasa macam tu. Memang susah betul bila korang nak berlawan di atas kuda, tapi mungkin ramai tak tau yang bila korang hold button attack dan kemudian aim kan ke arah musuh, masa akan menjadi perlahan untuk seketika untuk membolehkan korang perbetulkan cursor korang untuk mendapatkan ketepatan ketika menyerang musuh. Geralt pon main bullet-time lah!

witcher_06
Heppp..Heppp..BULLET-TIME!

6. Menenangkan Roach Yang Ketakutan

Bagi dia sapkok dulu. LOL. Seriously, sekiranya korang menunggang Roach dan terjumpa monster-monster yang menakutkan, dan Roach menggelisah semacam, jgn risau! Ada jalan penyelesaiannya. Korang cuma aktifkan sign Axii dan gunakan pada Roach, dan ini dapat chillkan dia.

witcher_07

7. They See Me Rollin’ They Hatin’

Seandainya korang terjatuh dari tebing, ada cara untuk selamat, dan dapat mengurangkan damage kesan dari jatuh tempat yang tinggi. Caranya ialah korang tekan button roll, dan setiap kali korang buat roll animation ini dapat mengurangkan impak ketika jatuh dari tempat tinggi. Walaupun bukan 100% berjaya tapi atleast boleh lah.

witcher_08
Apsal la dia suruh aku terjun tebing nih.

8. ‘Happy Ending’ Bagi Korang EXP

Kalau korang berkunjung ke rumah pelacuran di dalam game Witcher ini, benda pertama yang korang akan jumpa semestinya awek-awek cun kan. Dan pastinya korang akan melanggan awek-awek ni. Tapi korang perasan tak, selepas selesai ‘projek’ korang tu, korang akan mendapat EXP, tapi tidak lah sebanyak seperti korang buat quest ataupun mission.

witcher_09

9. Bandit Camp Sentiasa Respawn

Kalau korang dah explore keseluruhan map di dalam Witcher 3 korang pasti biasa dengan bandit camp ni. Korang pasti terkejut kerana walaupun korang dah clearkan smua bandit-bandit tu, bila korang lawat semula bandit camp tersebut, pasti akan ada lagi. Macam chipmore cendawan selepas hujan kan.

witcher_10

10. Bot-Bot Pun Boleh Fast Travel??

Hah, jangan terkejut. Penulis sendiri pun tak tau. Tapi percaya atau tak, sekiranya korang menaiki bot, korang juga boleh menggunakan fast travel. Korang cuma perlu cari lambang sauh, dan korang boleh la fast travel ke mana-mana tempat di kawasan laut.

witcher_11

Amacam, puas hati? Ada lagi benda yang kitorang terlepas? Kongsikan kepada kami pada ruangan komen di bawah ok!

ADIOS!!!!

Comments

comments