Tahun 2015 merupakan tahun yang istimewa untuk JomGaming. Ia merupakan tahun yang penuh dengan kisah-kisah suka, mahupun yang duka.

Melalui sokongan yang diberikan oleh korang, kami di JomGaming mampu menempuh tahun lalu dengan berjaya, walaupun pastinya banyak lagi yang perlu kami baiki dari pelbagai aspek.

Jadi, pada kali ini, kami ingin bawa korang throwback apakah 10 kisah yang paling meletop pada tahun 2015 yang membuatkan korang terus setia bersama kami di JomGaming!

10. Need For Speed: 5 Benda Kipas-Susah-Mati NFS Wajib Tahu!

Artikel yang membincangkan 5 fakta menarik mengenai Need For Speed ini dikeluarkan sebelum game itu sendiri dilancarkan. Korang yang dah tak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ini membuatkan artikel ini antara kegemaran korang pada tahun lalu.

need-for-speed-depan

9. Berapa Besarkah Map Just Cause 3 Jika Dibandingkan Dengan GTA V?

Artikel di hujung-hujung tahun ini telah menarik perhatian ramai apabila ia membandingkan map yang terdapat dalam GTA V dan Just Cause 3, game yang juga dikeluarkan pada tahun lalu. Ia telah meletakkan map kedua-dua game ini bersebelahan menyebabkan korang ternganga apabila melihatkan perbezaannya!

just-cause-3-easter-egg-016

8. Cyberfusion 2015: Dari Kacamata Seorang Gadis Gamer!

Artikel ini merupakan artikel pertama daripada guest-writer Liza Langkasuka – yang kini merpukan penulis kepada siri JomRakam. Pengalaman pertamanya menyertai sebuah LAN Party menyebabkan korang benar-benar terhibur dengan kisah yang telah beliau coretkan.

Momen-momen beliau dari meminta izin daripada ibu bapa hingga ke saat-saat akhir beliau di Cyberfusion 2015 pastinya membuatkan korang tidak boleh lupa tentang pengalamannya.

Ruang peserta Tournaments yang penganjur telah sediakan.

7. Star Wars Battlefront: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Star Wars Battlefront merupakan antara game yang paling tinggi mendapat hype pada tahun 2015. Ramai pemain yang ternanti-nantikan adakah hype-nya selama ini benar-benar berbaloi, sejak pertama kali ia diumumkan pada E3 2013. Umpama terkena tempias dari hype yang tercipta dari game itu sendiri, review kami ini juga membuatkan ia antara artikel paling meletop pada 2015!

star-wars-battlefront-at-st

6. Need For Speed: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Tangga ke-6 juga jatuh kepada satu lagi review kami yang korang ternanti-nantikan. Selepas berehat selama 2 tahun dari arena perlumbaan, Need For Speed kembali menggegar jalan-jalan pada waktu malam.

Sebelum ia dilancarkan, banyak cakap-cakap yang mengatakan ia adalah sebuah game yang mampu menyaingi Need For Speed: Underground dahulu. Namun, terdapat juga golongan yang mengatakan ia masih belum berada di tahap itu. Jadi, perpecahan antara dua pandangan ini membuatkan korang tertanya-tanya seterusnya menjadikan review kami ini sebagai rujukan.

need-for-speed-3

5. BF4: Kebangkitan Harimau Disekat Garuda!

2015 merupakan tahun yang amat bermakna untuk komuniti Battlefield Malaysia di platform Playstation. Artikel ini melaporkan sebuah perlawanan rematch antara pasukan Malaysia menentang Indonesia pada 11 September selepas perlawanan yang pertama berlangsung pada bulan Mac.

Laporan penuh setiap round, lengkap dengan video gameplay penuh perlawanan itu membuatkan korang sukakan artikel ini dan jatuh di tangga ke-5.

battlefield-legacy-operation

4. Battlefield 4: 6 Fakta Tentang Map Baru Yang Bertempat Di Indonesia!

Artikel yang memperkenalkan kepada korang map community kedua dari DICE selepas Night Map ini membuatkan korang sangat tertarik, apatah lagi ia adalah map yang berlatarbelakangkan sebuah hutan di negara seberang, Indonesia.

6 fakta yang telah diberikan adalah fakta-fakta yang memang sungguh menarik. Ia adalah sebuah map yang indah, lengkap dengan kuil dahulu-kala, hutan rimba yang menghijau dan air terjun yang memukau.

battlefield-4

3. Playstation VR: Lebih 50 Games Confirmed, Jom Tengok Semua Video Trailer!

Virtual reality merupakan sebuah teknologi yang masih lagi belum meyakinkan para gamer. Korang pastinya tertanya-tanya apakah game yang dapat dimainkan menerusi Playstation VR ini.

Oleh itu, selepas dipamerkan pada Paris Games Week 2015, artikel ini telah mengumpulkan kesemua trailer bagi game yang dapat dimainkan pada Playstation VR.

playstation-vr

2. Cyberfusion 2015: LAN Party Terbesar Asia Tenggara di Cyberjaya!

Cyberfusion 2015 adalah antara sorotan paling hangat dalam dunia gaming tempatan. Ia telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 15 November 2015.

Apa yang membuatkan artikel ini meletop adalah ia menerangkan apakah aktiviti yang terdapat pada Cyberfusion 2015 serta menerangkan apakah itu LAN Party dengan cara yang santai dan mudah difahami.

CyberFusion007

1. PES 2016: Boleh Beli or Boleh Blah?!

Momen paling meletop pada tahun 2015 di JomGaming adalah review kami untuk Pro Evolution Soccer 2016. Siri PES suatu ketika dahulu merupakan gergasi game bola sepak, sama seperti apa yang dipegang oleh siri FIFA kini. Banyak khabar angin yang mengatakan PES 2016 mampu menyaingi FIFA 16 dengan lebih sengit dan seterusnya mampu mengembalikan zaman keemasannya itu.

Jadi, ramai dari korang yang tertunggu-tunggu, apakah benar PES mampu kembali ke era kegemilangannya semula? Dengan itu, ia membuatkan review PES 2016 kami ini jatuh nombor 1 sebagai artikel paling mendapat sambutan dari korang pada tahun 2015.

pes16_06

Pastinya, tahun 2016 bakal menjanjikan momen-momen yang lebih bermakna kepada dunia gaming, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Kami tidak sabar untuk menempuh tahun ini bersama korang dalam menghangatkan lagi dunia gaming. Melalui sokongan dari korang, kami berjanji untuk menyediakan content yang lebih istimewa dan hebat – khas untuk korang yang sentiasa setia bersama kami di JomGaming!

Comments

comments